Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم
"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."
6 AZAB DI DUNIA
1. Dihilangkan keberkatan umurnya.
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya.
3. Segala amalanya tidak dikurniakan pahala.
4. Doanya tidak dimakbul oleh Allah.
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya.
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman.
3 AZAB KETIKA HAMPIR MATI
1. Kematianya penuh kehinaan.
2. Kematianya dalam kelaparan yang amat hebat.
3. Kematianya dalam kehausan yang amat dahsyat.
3 AZAB KETIKA DALAM KUBUR
1. Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut.
3. Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “hai manusia! Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.
3 AZAB KETIKA BERTEMU ALLAH SWT
1. Datanglah malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya.
3. Baginya azab yang amat pedih.
FROM BLOGGER : ya Allah.. bayangkanla selama beberapa tahun kita hidup, tetapi kita lupa tentang azab-azabnya kerana kita terlalu menikmati nikmat dunia yang sentiasa memburu kita berlumba-lumba berbuat dosa.. saya pon x pernah lari dari melakukan kesilapan. alhamdulillah, adanya blog ini, sy cuba untuk mengingati diri sendiri dan para sahabat betapa peritnya hukuman bagi orang-orang yang melalikan solat terutamanya... Menyesal dahulu pendapatan.. menyesal kemudian tidak berguna...
No comments:
Post a Comment