Sunday, 6 March 2011

CATATAN DI BINTANG KERTAS

catatan ini catatan biasa..

semalam aku belayar di dada langit,
cuba-cuba mengintai kamu di bawah sana,
tapi sayang, kamu terlalu jauh,
lalu aku cuba mencari pengawal awan,
mana tahu, kalau bisa aku meminta mengadap tuhan.

catatan ini catatan biasa..

*berbisik*
shhh.. jgn khabarkan pd org, ya?
sewaktu berjalan aku ternampak kerlipan,
penuh bergaya ku mencuri bintang2,
lantas kulipat lalu diselit di celahan dompet.

catatan ini catatan biasa..

pelangi merintangi jalanku,
sayang, dr bawah terlihat sempurna,
hakikat warna-warna tidak ada,
yg ada cuma biasan cahaya..
saat itu aku tersedar,
betapa mata menipu manusia,
betapa yg indah itu adakala perlu dicipta..

catatan ini catatan biasa..

aku berlari-lari mencari cinta,
di bumi tidak ada, siapa tahu di sini tersedia,
terserempak para-para,
aku bertanya,
"tuan, saya memerlukan cinta. bolehkah saya berjumpa tuhan,
untuk meminta terus kepadanya?"

Para-para mengetuk tongkatnya,
hujan mula turun, lebat..
awan merekah dan aku mula jatuh rebah..
tercampak dr langit dan terdengar para-para berkata;
"jodoh adalah anugerah dariNya,
asal kamu dunia, carilah di sana,
cari dgn ibadah, carilah dgn doa,
kalau 99 usaha dan doa kamu tidak berjumpa,
mungkin dia kan tiba kali seratus usaha..

catatan ini catatan biasa..

saat jatuh ke bumi,
kamu org pertama yg ku temui,
aku sedar kini, yg kumahukan ada di sini..

catatan ini catatan biasa..

aku jadi teringatkan bintang,
dan kudapati bintangku berubah menjadi bintang kertas,
aku tersenyum, sama sekali tidak menyesal,
kerana bintang itu menjadi ilham..

catatan ini catatan.. luar biasa..

heyy kamu di sana,
aku menulis di atas bintang kertas,
mengutuskan kamu ucap-ujaran,
tentang perasaan yg berbekam di jiwa,
ttg rasa yg semakin mendera..
aku layangkan bintang kertas ke laman kamu,
pasangkan ia di beranda rumah,
kerana aku percaya, ia masih punya cahaya..

hatilukajadipuisi,
Ezureen Azmi
300111
630 am













p/s from blogger : WOW! teruja kan?? rasa sangat seronok membaca. tanpa sedar jam sudah menunjukkan pukul 12.17am. hmmm. kerja belum start. Penulis ni mmg memukau saya. siapa tahu penulis bakal menjadi perintis negara untuk menggantikan A.Samad Said.. sama-samalah berdoa untuk kesejahteraan semua orang. AMIN~


No comments:

Post a Comment